hi..selamat datang ke dunia saya..

tiada ape yg menarik..hanya cerita/omongan yang dianggap biase oleh saya sendiri..so enjoy..kalau best, sila lah jadi pengunjung yang tetap..kalau xbest sila lah berambus..jangan buang masa anda semua ya..ciao..

Tuesday, September 29, 2009

SEPI YANG PENUH EMOSI


“Kenapa perlu berjumpa kalau hanya untuk berpisah?”
(dialog ADAM dan ILYANA)


“Sekarang awak boleh lari sejauh mana awak nak. Kalau hati awak milik saya, saya akan tunggu.”
(dialog MARIA dan SUFI)


...dan saya rasa kita harus mengahwini org yang kita cintai sebelum dia hilang utk selamanya. saya nak habiskan setiap saat hidup saya bersama org yg saya sayangi.

(dialong ADAM dan SUZY)

awak cari saya ke

sepanjang hidup saya awk

(dialog ADAM dan ILYANA)


DIALOG di atas merupakan perjalanan cerita mengenai tiga kisah manusia yang cuba memahami apa erti cinta, perpisahan dan juga kesepian yang sebenar masih jadi pertaruhan pengarah (Khabir Bhatia). Untuk meletakkan filem ini selepas Cinta dan Love (dalam kategori filem romantis) sebagai punya sentuhan magis, rasanya belum masanya lagi. Maksudnya, ini bukan filem terbaik Kabir kerana penulis percaya ia sebenarnya boleh jadi lebih baik daripada apa yang dipertontonkan. Apa yang boleh penulis katakan filem sebegini akan lebih meruntun dan berbekas impaknya pada insan di luar sana yang benar-benar sedang dilamun cinta dan mereka yang benar-benar faham apa itu maksud cinta yang setulusnya.

Mereka semua ini dikaitkan dalam satu kejadian. Dan dari kejadian itulah masing-masing mengenal dan memahami erti cinta, kehilangan dan sepi. (the best part & scene, salute to khabir) Pada penulis, struktur naratif yang dipaparkan mempunyai closure ending kerana masing - masing mempunyai penyudahan cerita yang membuat audien tersenyum (kecuali watak Sufi & Maria).

Selain daripada itu, penulis sarankan agar semua menonton sebuah naskhah yang sememangnya mendapat pujian atas keindahan visual serta garapan dan kelantangan naratifnya. Percayalah, dengan menggunakan taknik long shot penulis sendiri juga sebak pada babak kemalangan kerana permainan emosi dapat digarap dengan baik dan sempurna.

filem ini sudah lama ditayangkan..baru sekarang aku nk review..anyway, its such a good film..kalau nk dibandingkan film2 komersial yg ade, aku rase ini yg terbaik..utk khabir bhatia, aku sukakan camera movement yg dia buat, teknik pencahayaan yg sempurna dan shot yg terbaik. sorry kalau gaya penulisan aku tampak lebih serius bila berbicara tentang filem..so u all guys, enjoy lah ye nonton filem nie..

p/s: aku mengajak sekali si die utk menonton filem ini dan memahami isi tersirat yg cuba disampaikan dalam filem ini..tp hampa, die xnmpk ape2..hurmm tp xpelah..as long as die tgk & touching..dan aku sendiri touching dgn dialog yg dipamerkan diatas 2..hahaha..


2 comments:

  1. wow hebat diskusi u.. dah nmpak ada tokoh bakal pengarah... jgn lupa pd rakan gado u ni bila da glamour nti...

    ReplyDelete
  2. xde kena mengena ok..bile i dh popular, u mesti lagi popular dr i..

    ReplyDelete

anda suka?? silalah tgglkan pesanan/komen/idea utk saya