Berjuta pengguna Internet di Malaysia, tapi ramai yang masih tidak tahu apa yang dinamakan blog. Tidak mengapa, memang sukar untuk meneroka dan mengambil tahu semua hal dalam `dunia tanpa sempadan' yang maha luas ini. Blog bukan fenomena baru di alam siber. Setiap hari ada saja laman blog baru yang dibangunkan. Laman blog sudah menjadi sama popular dengan e-mel dan laman sembang virtual. Penulisan kreatif kini sudah popular di dunia digital! Sesiapa saja boleh menulis blog; siapa saja, walau apapun pangkat atau latar belakang mereka, boleh membangunkan laman blog sendiri jika mereka mahu. Asalkan saja mereka tahu apa yang ingin diblogkan dan memahami aplikasi Internet. Blogger juga bebas memilih apa saja isu, daripada pergolakan politik dunia sehinggalah kepada konflik dalam episod telenovela popular untuk dijadikan subjek dalam artikel mereka. Kebiasaannya, isu yang sering dibangkitkan blogger adalah komen atau kritikan sosial mengenai hal yang berlaku di sekeliling mereka, yang ada kalanya memberi kesan kepada diri sendiri atau orang yang berkaitan dengan mereka. Secara tidak langsung, blog dijadikan `suara' untuk meluahkan perasaan tidak puas hati, rungutan atau teguran kepada sesuatu pihak yang kemudiannya menjadi medan diskusi antara blogger dengan pengunjung yang turut meninggalkan komen mengenai subjek yang dipaparkan.
Namun, dunia blog bukanlah hanya dipenuhi dengan rungutan dan komen negatif semata-mata, ia turut dijadikan medium untuk menyampaikan idea dan pendapat, berkongsi hobi, bertukar-tukar cerita dan pengalaman dan bermacam-macam lagi. Subjek yang diperbincangkan juga berbeza-beza. Ada yang lebih tertumpu kepada soal filem dan hiburan, ada yang lebih kepada keagamaan, ada yang lebih suka bercerita mengenai apa yang dilaluinya sehari-hari dan ada pula yang menggunakan blog sebagai medan untuk mengeratkan hubungan bersama teman lama. Tidak dinafikan, ramai yang meluangkan masa yang banyak untuk melayari pelbagai blog di Internet, terutamanya remaja. Seperti tidak lengkap jika menggunakan Internet tanpa singgah dan membaca artikel yang ada di blog. Bila isu yang dipaparkan menarik untuk diperdebatkan, semakin keraplah laman blog ini akan dikunjungi untuk melihat komen terkini daripada pengunjung lain. Lama-kelamaan, wujud satu interaksi antara blogger dengan pengunjung laman blog mereka. Namun begitu, bukan setakat remaja sahaja yang memiliki blog, bahkan surirumah masa kini juga turut memiliki blog. Jadi tidak heran lah kalau BLOG ini dikatakan medium yang sesuai digunakan oleh setiap lapisan.
Konklusinya, kadang kala topik yang diperbincangkan oleh blogger mungkin akan dipersetujui atau dibangkang oleh mereka yang membacanya. Bagaimana blogger berhadapan dengannya, terserah kepada kebijaksanaan mereka. Namun, sejauh manapun kebebasan dunia maya, setiap penggunanya perlulah bertanggungjawab dan mengikut etika kesusilaan. Isu yang diperbincangkan di blog seharusnya tidak melampaui batas atau menyentuh sensitiviti perkauman, kepercayaan atau perkara yang boleh mengundang pertelingkahan. Bukankah lebih elok jika blog digunakan untuk berkongsi maklumat berguna serta sebagai medium untuk mewujudkan persefahaman antara satu sama lain. Tidak salah untuk menyuarakan pendapat, tapi biarlah kena dengan caranya. Setiap sesuatu patut dinilai secara lebih rasional.
p/s : artikel nie aku dpt time aku nk shoot dokumentari pasal dunia BLOGGER..namun xdigunapakai..so, aku post kat blog aku n aku harap ade lah yg faham ape yg cube aku sampaikan..semua org boleh memiliki blog..not only me..not only..people can share everything what they want from their blog. Blog nie dh mcm keperluan n dah hampir setip org ada blog..its a new media..so tak boleh nk menentang arus. aku juga suka menyinggah membaca blog org lain dan secara tidak langsung aku juga mendapat sesuatu yg baru yg aku sendiri xada selama nie selepas membaca blog dorg hehe..dh mcm satu perjalanan yg indah plak bile singgah blog org 2, blog org nie..klah guys, stiap blog yg kite singgah mestilah berbeza dgn blog kite kan..so xperlulah nk dipertikaikan..hehe..mcm biase HAPPY READING ok..chow..
hi penulis..
ReplyDeletelama sungguh pembaca tdk meninggalkan komen disini.. nmpaknyer semakin ngetop yer artikel penulis.. wlaopun sya bukan follower penulis tp saya sentiasa mengikuti ruangan penulis jika ada kelapangan..:p
sya sgat setuju dgn artikel penulis tentang pendedahan pengguna blog.. sya pon bukan lah hebat sgat dlm isu ni tp sya suker mendengar n memberi pendpat yg resional jika perlu.. terlalu rmai blogger yg ingin bersaing utk mempamerkan kisah masing2 tp bg saya smua artikel kalian ada lah hak peribadi masing2.. so xperlulah nak mempertikaikan artikel antara satu sama lain.. yg penting artikel anda menarik utk tatapan umum... ok laa sekian saje komentar saya tuk kali ini.. eh aku ni dah mcm pakar motivasi plak..kahkahkah...jumpa lg penulis!!!tata..~FL~