now aku nk rest n tido jap (hrp2 xde lah terlajak sampai malam ;p)
p/s : miss my love & my soul AINOL DANISH =((
Berjuta pengguna Internet di Malaysia, tapi ramai yang masih tidak tahu apa yang dinamakan blog. Tidak mengapa, memang sukar untuk meneroka dan mengambil tahu semua hal dalam `dunia tanpa sempadan' yang maha luas ini. Blog bukan fenomena baru di alam siber. Setiap hari ada saja laman blog baru yang dibangunkan. Laman blog sudah menjadi sama popular dengan e-mel dan laman sembang virtual. Penulisan kreatif kini sudah popular di dunia digital! Sesiapa saja boleh menulis blog; siapa saja, walau apapun pangkat atau latar belakang mereka, boleh membangunkan laman blog sendiri jika mereka mahu. Asalkan saja mereka tahu apa yang ingin diblogkan dan memahami aplikasi Internet. Blogger juga bebas memilih apa saja isu, daripada pergolakan politik dunia sehinggalah kepada konflik dalam episod telenovela popular untuk dijadikan subjek dalam artikel mereka. Kebiasaannya, isu yang sering dibangkitkan blogger adalah komen atau kritikan sosial mengenai hal yang berlaku di sekeliling mereka, yang ada kalanya memberi kesan kepada diri sendiri atau orang yang berkaitan dengan mereka. Secara tidak langsung, blog dijadikan `suara' untuk meluahkan perasaan tidak puas hati, rungutan atau teguran kepada sesuatu pihak yang kemudiannya menjadi medan diskusi antara blogger dengan pengunjung yang turut meninggalkan komen mengenai subjek yang dipaparkan.
Namun, dunia blog bukanlah hanya dipenuhi dengan rungutan dan komen negatif semata-mata, ia turut dijadikan medium untuk menyampaikan idea dan pendapat, berkongsi hobi, bertukar-tukar cerita dan pengalaman dan bermacam-macam lagi. Subjek yang diperbincangkan juga berbeza-beza. Ada yang lebih tertumpu kepada soal filem dan hiburan, ada yang lebih kepada keagamaan, ada yang lebih suka bercerita mengenai apa yang dilaluinya sehari-hari dan ada pula yang menggunakan blog sebagai medan untuk mengeratkan hubungan bersama teman lama. Tidak dinafikan, ramai yang meluangkan masa yang banyak untuk melayari pelbagai blog di Internet, terutamanya remaja. Seperti tidak lengkap jika menggunakan Internet tanpa singgah dan membaca artikel yang ada di blog. Bila isu yang dipaparkan menarik untuk diperdebatkan, semakin keraplah laman blog ini akan dikunjungi untuk melihat komen terkini daripada pengunjung lain. Lama-kelamaan, wujud satu interaksi antara blogger dengan pengunjung laman blog mereka. Namun begitu, bukan setakat remaja sahaja yang memiliki blog, bahkan surirumah masa kini juga turut memiliki blog. Jadi tidak heran lah kalau BLOG ini dikatakan medium yang sesuai digunakan oleh setiap lapisan.
Konklusinya, kadang kala topik yang diperbincangkan oleh blogger mungkin akan dipersetujui atau dibangkang oleh mereka yang membacanya. Bagaimana blogger berhadapan dengannya, terserah kepada kebijaksanaan mereka. Namun, sejauh manapun kebebasan dunia maya, setiap penggunanya perlulah bertanggungjawab dan mengikut etika kesusilaan. Isu yang diperbincangkan di blog seharusnya tidak melampaui batas atau menyentuh sensitiviti perkauman, kepercayaan atau perkara yang boleh mengundang pertelingkahan. Bukankah lebih elok jika blog digunakan untuk berkongsi maklumat berguna serta sebagai medium untuk mewujudkan persefahaman antara satu sama lain. Tidak salah untuk menyuarakan pendapat, tapi biarlah kena dengan caranya. Setiap sesuatu patut dinilai secara lebih rasional.
p/s : artikel nie aku dpt time aku nk shoot dokumentari pasal dunia BLOGGER..namun xdigunapakai..so, aku post kat blog aku n aku harap ade lah yg faham ape yg cube aku sampaikan..semua org boleh memiliki blog..not only me..not only..people can share everything what they want from their blog. Blog nie dh mcm keperluan n dah hampir setip org ada blog..its a new media..so tak boleh nk menentang arus. aku juga suka menyinggah membaca blog org lain dan secara tidak langsung aku juga mendapat sesuatu yg baru yg aku sendiri xada selama nie selepas membaca blog dorg hehe..dh mcm satu perjalanan yg indah plak bile singgah blog org 2, blog org nie..klah guys, stiap blog yg kite singgah mestilah berbeza dgn blog kite kan..so xperlulah nk dipertikaikan..hehe..mcm biase HAPPY READING ok..chow..
Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.
Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan:
9 JENis WaNita Yg Jd PerHatian..
| 1 . SIKAP KEIBUAN Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang. Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah. Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung. Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona. |
aikk budak enol..sebok aje die..